LABUAN: Ahli Parlimen Labuan Datuk Suhaili Abdul Rahman menerima keputusan pucuk pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menggantikan beliau dengan naib presiden parti itu Datuk Radzi Jidin sebagai Ketua Bahagian Bersatu Wilayah Persekutuan dan Labuan.
Suhaili berkata beliau tetap ahli Bersatu walaupun berlaku perubahan kepimpinan dan percaya keputusan itu tidak akan memberi kesan buruk kepada bahagian berkenaan.
"Masa depan bahagian ini di luar kawalan beliau dan menekankan bahawa penubuhan Bersatu Labuan adalah hasil usaha saya dan sokongan padu penyokong tempatan.
"Dan keputusan melantik pemimpin baharu bagi Wilayah Persekutuan dan Labuan merupakan hak kepimpinan parti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Perubahan kepimpinan itu diumumkan Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin pada 2 November lepas.
Suhaili dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid kini dalam prosiding tatatertib parti selepas mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bulan lepas.
Suhaili turut menyatakan sokongan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Mohd Noor.
Bahagian Bersatu Labuan dalam kenyataan pada 1 November lepas memaklumkan sokongan terhadap keputusan Suhaili itu demi pembangunan dan kemajuan Labuan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 04 2023
"Keputusan melantik pemimpin baharu bagi Wilayah Persekutuan dan Labuan merupakan hak kepimpinan parti," kata Suhaili. - Gambar fail/Bernama
Tentera Israel arah penduduk Palestin berpindah dari Rafah
Arahan berpindah itu dikeluarkan menerusi risalah yang digugurkan dari udara.
Bas terbalik di lebuh raya PLUS, 41 penumpang terselamat
Seramai 41 penumpang termasuk pemandu terselamat setelah bas persiaran yang dinaiki mereka terbabas lalu terbalik di kilometer 264.5 lebuhraya utara selatan (PLUS), arah selatan hari ini.
Wartawan baharu perlu aktif turun padang, elak ‘cerita’ disampaikan hambar
Pengamal media perlu aktif turun lapangan bagi mencari bahan berita lebih tulen tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada maklumat diperoleh atau dikongsikan melalui media sosial.
AWANI Ringkas: Dijangka catat dagangan dalam julat kecil
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Laporan Amerika dedahkan Israel salah guna bantuan senjata
Pentadbiran Joe Biden mendapati Israel menggunakan bantuan senjata dari AS tanpa mengikut lunas undang-undang antarabangsa.
Peningkatan perdagangan borong, runcit bukti ekosistem ekonomi segar, progresif - Armizan
Nilai jualan perdagangan borong dan runcit yang meningkat sebanyak 5.2 peratus pada Mac tahun ini menunjukkan ekosistem perekonomian domestik negara berada dalam keadaan segar dan progresif.
Bas terbalik di lebuh raya PLUS, 41 penumpang terselamat
Bas pesiaran membawa penumpang dari Kupang, Kedah terbalik di KM264.5 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), arah selatan.
Bayi sembilan bulan, ibu antara tiga maut dalam kemalangan di Semporna
Seorang ibu bersama bayi dan seorang warga emas wanita maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan, pada Sabtu.
Perbincangan perjanjian pandemik diteruskan selepas tarikh akhir: WHO
Kerajaan-kerajaan di seluruh dunia bersetuju lanjutkan perbincangan selama dua minggu lagi mengenai perjanjian penting berhubung pengendalian pandemik masa depan.
Selepas 25 tahun, pastikan PKR kekal relevan dalam setiap generasi - Naib Presiden
PKR kini berdepan cabaran memastikan parti itu sentiasa relevan dalam setiap generasi khususnya golongan muda.
Ahli Parlimen Labuan akan bangkitkan isu bebas cukai
Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman akan membangkitkan isu status bebas cukai pulau itu yang semakin terhakis kepada kerajaan Persekutuan.
Ahli Parlimen Labuan nafi wujud paksaan, ugut, sogokan untuk sokong Perdana Menteri
Suhaili Abdul Rahman berkata, sokongannya kepada Perdana Menteri demi memastikan kelangsungan rakyat di kawasan Parlimen Labuan.
Bersatu gantung keahlian Ahli Parlimen Labuan selama enam tahun
Jawatankuasa Lembaga Disiplin Bersatu menggantung keahlian dan semua jawatan Ahli Parlimen Labuan Datuk DSuhaili Abdul Rahman dalam parti itu bagi tempoh enam tahun berkuat kuasa hari ini.
Suhaili terima keputusan Bersatu gantikan beliau dengan Radzi
Datuk Suhaili Abdul Rahman menerima keputusan pucuk pimpinan Bersatu untuk menggantikan beliau dengan Datuk Radzi Jidin sebagai Ketua Bahagian Bersatu Wilayah Persekutuan dan Labuan.
Bersatu akan bincang isu MP Labuan dalam masa terdekat
Datuk Wan Saiful Wan Jan memaklumkan selepas perbincangan selesai, barulah keputusan akan diumumkan.
Pegawai SPRM sahkan terima arahan tahan Ahli Parlimen Labuan
Seorang pegawai SPRM memberitahu Mahkamah Sesyen, menerima arahan untuk menahan Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli untuk siasatan di bawah Akta SPRM 2009.
Ahli Parlimen Labuan sekali lagi mohon batal pertuduhan guna kedudukan dapatkan kontrak
Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli sekali lagi memohon untuk membatalkan pertuduhan menggunakan kedudukan bagi mendapatkan kontrak pekerjaan.
Saya akan hadapi cabaran ini dengan tabah, berani kerana benar - Rozman Isli
Beliau akan menghadapi cabaran itu dengan tabah selain mendakwa pertuduhan itu bermotifkan politik supaya beliau meninggalkan Parti Warisan dan menyokong kerajaan sekarang.
Ahli Parlimen Labuan didakwa guna kedudukan dapatkan kontrak pekerjaan
Rozman mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dan meminta dibicarakan.
Projek RM132 juta jalan pesisir pantai Labuan akan pacu pembangunan
Projek itu hanya tinggal empat peratus bagi pembinaan pelebaran jalan di Jalan Sawangan Cina berhampiran Membedai.